Penyakit
kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat
Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca
daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan
Jantung Malaysia.1 Manakala, mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia,
sejumlah 37 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit
kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.2 Kebanyakan pakar kesihatan
mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup
harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur,
tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan
salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan
jantung kita.
Apa itu Koenzim Q10 dan mengapa ia penting
untuk tubuh kita?
CoQ10 merupakan zat makanan larut
lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk
berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang
bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ
seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.
CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh,
menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga
ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien
ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut
memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga
ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup
dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan
aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat
menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi
menyokong kehidupan.
CoQ10 telah ditunjukkan dapat
membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan
memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh.3 CoQ10 juga menyokong pertalian antara
saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal. Selain
itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi
arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL)
dan memudahkan pengaliran darah.4 Ini penting dalam membantu menyokong fungsi
saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.
Berapakah jumlah pengambilan dietary Coenzyme
Q10 yang kita perlukan?
Pengambilan dietari harian membantu
memelihara paras CoQ10 dalamtubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada
makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Sila lihat carta di bawah untuk
melihat jumlah CoQ10 di dalam makanan yang biasa kita ambil.
Sumber: J Food Comp Anal.
2001;14(4):409-417.
Pelbagai faktor lain seperti diet
tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah
ubat-ubatan tertentu seperti dadah6 bagi merendahkan kolestrol boleh mengurangkan
tahap CoQ10 di dalam tubuh. Justeru, pengambilan suplemen boleh membantu untuk
mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita
ini.
Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam
menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian
penyelidikan, tubuh mberupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia
20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita
hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2 peratus daripada jumlah penghasilan
CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.5
Penyelesaian
untuk Anda CoQHealth™ Plus
CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran
28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam
kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi
memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10
telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga
bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri
sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan
mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
Dos pengambilan :Sebiji kapsul sehari selepas
makan.
Jauhi daripada kanak-kanak. Bagi
perempuan mengandung, menyusui bayi atau mengambil ubat tekanan darah tinggi,
sila dapatkan nasihat pakar perubatan atau doktor sebelum menggunakannya.
Perbezaan
Shaklee
• Untuk mendapatkan jumlah yang
setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth™ Plus, anda perlu
memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.
• Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E
dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang
terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana
semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan
berterusan terhadap sel-sel tubuh.
• Ekstrak Teh Hijau mengandungi
procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan
endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).10
• CoQ10 berasal daripada sumber
semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan
satu-satunya CoQ10 semula jadi daripada yis yang ditapai
yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini
ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber
bioketersediaan CoQ10-nya.
• Tanpa Gluten.
Tengku Farah
012-4897420 [Whatsapp/call/sms/wechat/Line]
atau ke Branch Shaklee terdekat menggunakan ID saya 1074364
Tiada ulasan:
Catat Ulasan